RUTIN HIDUP MUSLIM TIDAK MEMBOSANKAN

Kehidupan muslim penuh dengan kemanisan dan jauh sekali membosankan. Kehidupannya sentiasa menunggu masa seterusnya dengan “suspen”.Bermula awal pagi menunggu 1/ 3 malam untuk bangkit untuk qiamulai dan berdoa tanpa sabar, jika terlewat akan menyebabkan rasa satu kehilangan. Kehilangan tidak mungkin terganti sebagaimana hilang emas. Di samping berqiamulai sambil menunggu waktu sahur jika esoknya Isnin atau Khamis. Seusai sahur sementara menunggu solat sunat Subuh( ganjaran satu dunia dan seisi) berzikir atau tadabbur/tafsir/menghafal surah. Destinasi seterusnya ke masjid atau surau untuk solat Subuh berjemaah. Seuasainya diisi dengan zikir pagi dan bacaan yang berfadhilat seperti tadarus dan berzikir yang dianjurkan Rasulullah s.a.w. Ke bilik air dengan doa masuk dan keluar. Kehidupan memerlukan ongkos, maka ke tempat kerja kerana mendapat rezeki untuk beribadat kepadaNya. Perejalanan ntuk mecari rezeki dipenuhi dengan zikir/ mengulangkaji hafalan. Rasa rugi jika masa perjalanan terganggu. Seusai Ibadat umum(kerja) bersegera ke masjid untuk berjemaah Zohor berjemaah. Perjalanan mengulangi amalan semasa datang. Di rumah dibazir masa begitu sahaja, rehatnya di isi dengan mengisi halwa teliga dengan ceramah agama rakaman sementara untuk ke masjid untuk berjemaah Asar. Seusai solat Asar diisi dengan zikir petang dan sambungan jadual rutin iaitu tadarus al Quran. Berehat selepas amalan tersebut dengan kerja rumah sambil hati mengingatiNya. Persiapan untuk berbuka sambil berdoa sementara menunggu waktu berbuka(doa waktu berbuka di antara yang dimakbulkan). Seusai bebuka seringkas mungkin untuk bersegera untuk berjemaah maghrib di masjid.Selang antara Maghrib dan Isya’ dengan solat awabbin/ mendengar kuliah(di taman syurgaNya)/ menjadi rumah taman syurga(mengajar agama semampu mungkin). Seusai Isyak makan waktu untuk famili tanpa melibatkan perkara maksiat.Setiap langkah, perbuatan dan pergerakkan diiringo dengan doa dari sunnah. Bersedia untuk tidur dengan wudhu’ dan amalan sebelum mati sementara. Cadangan rutin kehidupan yang boleh diubahsuai mengikut kesesuaian asal sahaja tidak menimbunkan dosa. Tanpa rutin yang menuju Allah kita akan berasa bosan dan sibuk kepada dunia.

Leave a Reply