RUPANYA LEBIH DUA PULUH TAHUN MELAKSANAKAN IBADAT YANG SALAH!

Alhamdulillah, ilmu telah membetulkan kesalahan dalam beramal. Bukan amalan sunat tapi yang difardukan. Sudah lebih 20 tahun mendirikan solat, rupanya bacaan yang rukun pun masih masih salah. Apabila ditegur oleh guruku tentang bacaan surah Al Fatihah dan tahiyat akhir baru tersedar dari mimpi yang selama ini beramal secara ikutan bersandarkan ilmu yang diperolehi semasa kanak-kanak. Ditegur pergerakan fardu iaitu keadaan rukuk yang tidak tepat menyadarkan lagi diri ini betapa kena mendalami ilmuNya dengan bersungguh-sungguh. Kita kena bersyukur apabila ditegur tentang kesalahan kita dalam beribadat supaya ibadat kita tidak sia-sia. Ianya menyedarkankan bahawa kita sebenar masih jahil dan perlu belajar!. Tanpa ilmu kita telah membiar pahala berlalu begitu sahaja dalam jangka masa yang lama. Alangkah malangnya jika ianya berterusan sehingga kita dipanggilNya dan amalan dilemparksn kemuka kita di akhirat nanti!. Begitu lama ke masjid tanpa sebarang doa dalam perjalanan ke masjid sebagaimana menjadi amalan rasul saw. Berapa lama mask ke masjid dengan sebarang langkah dan tanps sebarang doa. Berapa lama kita solat hanya dengan bacaan dan doa yang lazim sahaja, sedangkan Rasul saw yang dijamin syurga olehNya mengamal pelbagai bacaan dan doa dalam solat pada doa iftitahnya, pada rukunya, pada ‘itidalnya, pada sujudnya, pada tahiyat akhirnya serta amalan selepas solatnya. Belum lagi dihitung amslan sunnah harian yang kita abaikan puluhan tahun, dek kejahilan kita. Sebenarnya tidak terhitung pahala yang sepatutnya kita gspai, namun kita sis-sia kerana pengabaian kita terhadap ilmu. Mudahan mulai saat ini kita diberi kekuatan untuk mendalami ilmu serta mengamalkannya.

{ Leave a Reply ? }

Leave a Reply

Pingback & Trackback

  1. Medical Waste Disposal Los Angeles - Trackback on 2016/06/24/ 18:07
  2. báogiá đá xuyênsáng - Trackback on 2016/08/08/ 12:22
  3. เจลหล่อลื่น - Trackback on 2016/10/04/ 19:13
  4. Motion Effects - Trackback on 2016/11/13/ 17:23