RUGINYA MENYEPI DIRI DARI BEKERJA DALAM GERAKKAN ISLAM

Bergerak secara aktif dalam gerakan Islam merupakan proses menanam bijih benih yang mungkin mendapat hasilnya di dunia dan yang pastinya kita mendapat hasilnya di hari akhirat seandainya niat kita lillahi ta’ala.
Dalam gerakan Islam kita sentiasa diingati peri pentingnya sentiasa mematuhi suruhanNya dalam keadaan apa sekali pun walau pengakhirannya adalah syahid. Infak merupakan menu utama dalam gerakan Islam. Apabila berada di dalam kita dianjur dan mempraktik untuk menginfak harta benda dan keringat demi kemenangan Islam. Jika kita berada di luar jemaah, infaknya mungkin pada hari dan masa tertentu seperti hari Jumaat, hari perayaan dan majlis tertentu, namun berada dalam gerakkan Islam infak sudah menjadi makan ruji dalam setiap aktiviti jemaah. Keberuntungannya ialah kita sentiasa dalam keadaan mod membantu sepnjang masa dan balasan Allah telah menjanjikan pulangan sama di dunia atau akhirat (Allah tidak akan meungkiri janjiNya). Dalam perjuangan kita juga sentiasa diuji dengan perbagai kerenah dan cabaran yang menjadikan kita menjadi seorang Islam yang mempunyai jati diri yang kuat dalam usaha menegakkan kalimahNya di bumi. Taerlalu banyak manfaat yang diperolehi di dunia apatah lagi di akhirat oleh mereka meninfakkan diri dalam gerakan Islam. Jangan Takut dan Janagan Berdukacita Allah bersama Kamu (Latakhaf wala tahzan, Innallaha ma’ana).

Leave a Reply