RISAUNYA TENTANG SOLATKU!

Memang sejak mutakhir ini solat fardu tidak lagi terlalai. Namun kerisauan sering mejelma sebaik sahaja seusai solatku. Kadang-kadang solat terlepas muafik dan hanya sempat masbuk. Sendiri lalai puncanya yang utama. Menyedari solat berjemaah yang muafik adalah yang terbaik, namun itu aku hambaMu yang tersangat lemah. Itu baru permulaan solat! Belum lagi pengisian solatku dalam perkara rukun dan sunat. Aspek bacaan-bacaan dirukunkan entah menepati tajwid atau sebaliknya. Amalan selepas salam masih belum istiqamah sepenuhnya. Kemuncak kerisauanku ialah takut solat adalah sifat! Mohon keampuanMu ya Allah agar aku dapat memperbaikinya dari semasa supaya menjadi lebih baik dan lebih! Ampuni hambaMu, Keluargaku serta umat Islam dan pertimbangankan amalan solat supaya menjadi solat yang Engkau ingini.

Leave a Reply