RINDUKU MENJELMA LAGI

Besok atau lusa umat Islam akan melaksana ibadat puasa yang merupakan rukun Islam. Rukun merupakan teras yang membezakan di antara Islam dan kufur. Mudahan puasa kita pada Ramadhan ini adalah puasa yang terbaik yang pernah kita laksanakan dari puasa kita yang sebelumnya. Amalan tambahan (aksesori) pada bulan ini sama dengan amalan harian di bulan yang lain, yang lebihnya pada bulan ini kita dapat meningkatkan kualiti dan kuantiti puasa kita. Ini adalah kerana suasana pada bulan mesra ibadat. Kita akan saksikan Maha Pengasihnya Allah swt kerana mengingat umatnya yang lupa ke masjid akan berbondong-bondong menuju masjid untuk solat sama ada yang fardu atau yang sunat. Apabila selesai bulan Ramadhan, ramai yang tersangkut dengan amalan yang diamalkan sepanjang Ramadhan dengan tetap melaksanakan secara istiqamah. Alhamdulillah.

Cadangan amalan harian sepanjang puasa Ramadhan:-

Dimulai pagi dengan bangun kiamulai dengan:-
-Doa bangun tidur
-menyuci diri
-solat sunat wuduk
-solat sunat tasbih
-solat sunat taubat
-solat sunat tahajud
-solat sunat hajat
-solat mutlak dan sebagainya
-penutupnya solat witir (jika kita belum solat selepas solat terawih)
-Tadarus dan tadabbur (sekiranya masih ada ruang sebelum ke masjid untuk solat fardu Subuh
-melangkah ke masjid dengan niat keluar rumah serta doa perjalanan ke masjid.
-solat sunat tahiyatul – niat ‘itikaf-solat sonat sebelum Subuh-Solat fardu Subuh-zikir selepas solat-kuliah Subuh-zikir pagi-tadarus(jika ada ruang).
-melaksanakan rutin harian dengan mencari rezeki yang halal
-solat sunat dhuha
-solat fardu Zohor diiringi dengan solat sunat rawatib
-melaksanakan solat fardu Asar, maghrib dan isya’ berjemaah dengan diiringi dengan solat sunat rawatib
– maksimakan pengunaan masa dengan melaksanakan amalan-amalan sunat yang bebentuk analan perbuatan, lisan, mata, mulut dan semua anggota badan kita disertakan dengan puasa hati sebagai pembimbing sepanjang hari dengan memyusun jadual amalan harian yang mampu kita lakssanakan dengan bersungguh-sungguh secara istiqamah untuk kita sampaikan puasa yang ‘best among the best’ ke hadrat ilahi.

Elakkan ke bazar Ramadhan dengan menyedia sendiri juadah yang ‘simple’ tapi pemakanan yang seimbang.

SELAMAT BERAMAL SEMOGA PUASA KITA MENDAPAT PUASA YANG MABRUR!

Leave a Reply