Rezeki Pagi

Pagi solat Subuh di Masjid Baru Taman Indah. Pertama kali berubah angin sejak Ramadhan lepas. Rezekinya kerana berjumpa dengan kawan lama Encik Sahar Sakar. Beliau seorang kontaktor yang mempunyai syarikat perkapalan di Kota Kinabalu dan orang yang agak berpengaruh dalam parti UMNO Sandakan sera pusat dan khabarnya memenangi undi tertinggi sebagai AJK Bahagian Lebaran setelah menarik diri dari pertandingan Naib Ketua Bahagian atas nasihat Ketua Bahagian yang juga Ketua Menteri Sabah (Datuk Seri Musa Aman). Beliau pernah menjawat Ketua Pemuda UMNO Lebaran dan Exco pemuda UMNO Malaysia beberapa ketika dahulu. Kami berpelukan kerana lama tidak bertemu setelah beliau meletak jawatan sebagai Pegawai Pelajaran untuk berkecimpung sepenuh masa dalam politik. Kami pernah tinggal sebilik dan beliau sering membonceng motosikal saya HONDA CG125 untuk ke bandar Sandakan lebih 20 tahun dahulu. Pada masa itu kenderaan amat terhad. Kami menaiki motosikal sejauh 50 km melalui jalan gravel. Beliau sering membawa ke rumah keluarga dan ibunya menganggap kami sebagai anak angkatnya. Ibunya seorang yang pandai berubat terutama angin pasang(‘buruk’ dalam bahasa orang Sabah)  bagi kanak-kanak.Alhamdulillah sembuh walaupun sebelum ini doktor ingin membedahnya. Anak lelaki saya sekarang sihat walafiat. Cara berubatnya mengunakan buah manjakani dan waktu berubatnya ialah sebelum matahari naik dan sebelum matahari jatuh(turun) sebanyak tiga kali. Mesti tepat waktunya. Perkara yang pelik sedikit ialah semasa ‘melepas’ iaitu setelah penyakit itu hilang. Pesakit akan dimandikan di atas seekor ayam putih. Mungkin penyakit itu dipindahkan kepada ayam tersebut wallahu a’allam. Saya diajak bersama Pengerusi dan AJK masjid(DAPAT BERKENALAN DENGAN ORANG KUAT MASJID PULA TU) bersarapan di Restoran Habeeb Bt 4. Apa lagi kami perkenakan “tea madras’ berserta menu mee dan mihun serta telur rebus. Alhamdulillah rezeki pagi. Rezeki yang tidak disangka-sangka sebagai janji Allah kepada hambaNya.ALHAMDULILLAH.

Leave a Reply