REDHA

Dalam kehidupan sehari sudah pasti akan timbul komplik di antara kita dengan orang lain. Komplik di dalam dan di luar keluarga. Komplik di luar keluarga agak mudah diselesaikan dengan mengabaikannya tanpa menambahkan lagi komplik tersebut. Namun, komplik dalam keluarga agak sukar diatasi jika tiada sifat REDHA. Seandainya kita tidak meredhainya ianya tidak akan menyelerakan masalah.
Ingatlah matlamat kita iaitu mengharapkan rahmatNya supaya dianugerahi syurga. Apabila kita menetapkan matlamat tersebut, maka anggaplah komplik teraebut perkara yang remeh dan redhalah. Kemungkinan komplik tersebut sebagai ujianNya, atau memang itulah qada dan qadarNya, atau itulah suri adat dalam kehidupan. Kita tidah perlu ungkit perkara-perkara yang menyebabkan komplik selagi ianya tidak menjejaskan akidah. Redhalah, redhalah, redhalah selagi ia berkaitan dengan kehidupan. Elakkanlah daripada menyebabkan orang lain terhalang bersama kita di syurga yang tanpa had nikmatnya.

Leave a Reply