RAYA – UNTUK KEKAL SOLAT BERJEMAAH, MAKA KENA…….

Sambutan Hari Raya hanya dua kali dalam setahun. Menziarah saudara mara dan sabahat handai merupakan tuntutan yang amat digalakkan dalam Islam. Apatah lagi inilah ruang masa yang dikurniakan kesempatan dek kesibukan dengan urusan keduniaan.Namun, dalam bergembira beraya solat fardu berjemaah merupakan syariat yang perlu dikekalkan walaupun dalam keadaan apa sekali pun kecuali halangan yang syarie. Solat berjemaah di masjid atau surau merupakan tuntutan yang menjadi amalan Rasul Sallallahu ‘alaihiwasallam, para sahabat dan orang soleh. Maka dengan itu kita kena merancang pergerakan berhari raya kita. Jika kita ingin bertamu, sila pastikan tidak hadir ke rumah pada waktu solat fardu kecuali kita dapat berjemaah di rumahnya bersama tuan rumah. Kita boleh hadir selepas solat fardu berjemaah atau jika sebelum masuk waktu, hendaklah pastikan kita mempunyai masa yang mencukupi untuk meninggalkan majlis bagi menyempurnakan solat berjemaah di masjid atau surau berhampiran. Situasi yang agak sukar sedikit adalah apabila tetamu mengunjungi kita. Kehadirannya tidak dapat kita rancang yang menyebabkan kadang-kadang kita terhalang untuk hadir berjemaah di masjid atau surau! memulia dan melayan tetamu merupakan suatu kewajipan, namun solat berjemaah mesti dilaksanakan! Mahu tidak mahu kita dengan cara yang berhemah hendaklah mempelawa tetamu untuk solat fardu berjemaah di rumah kita. Dengan cara ini, insyaAllah kita dapat kekalkan solat berjemaah dan mendidik tetamu betapa pentingnya solat berjemaah. Moga halangan tersebut untuk hadir ke rumahNya untuk solat fardu berjemaah diampunNya. SELAMAT BERHARI DAN SELAMAT MENGEKALKAN SOLAT BERJEMAAH DAN AMALAN-AMALAN HARIAN LAIN SECARA ISTIQAMAH.

Leave a Reply