RASAILAH NIKMAT IBADAT DENGAN ISTIQAMAH , NAMUN BAGAIMANA?m

Apabila melihat ceriaannya ahli ibadat beribadat, menghayati artikel yang menggambarkan indahnya beribadat, mendengar kuliah dari pelbagai medium membuatkan kita ingin segera menjadi manusia baik seperti yang kita lihat, kita tatap dan kita dengar atau tontoni. Perasaan tersebut menandakan Tuhan anugerahi kepada hati sanubari untuk berabdi kepadaNya. Sujud syukurlah sebagai langkah pertama ke arah istiqamah untuk mendapat nikmat iman.
Bagaimana langkah seterusnya? Langkah yang membawa kita ke alam realiti dari aspek ibadat yang sebenarnya.
Apakah langkah yang pertama supaya kemahuan kita menjadi realiti?
Ada pelbagai cara yang dilakukan untuk mencapai tahap tersebut.Solat fardu merupakan kunci kepada amalan-amalan samada yang wajib atau sunat. Kebanyakan kita memang sudah mengamalkan solat waktu tanpa mangkir, namun masih berada di tahap lama, kadang ada peningkatan tetapi lebih banyak yang mengalami Penurunan. Kenapa? Alhamdulillah, jika perkara asas telah kita laksanakannya. Namun apakah kita merasai manisnya solat kita? Apakah kita telah amalkan solat pada awal waktu? Apakah pergerakan dalam solat kita cepat atau tu’maninah. Apakah sentiasa tertunggu masuk nya waktu? Ini belum dikira keinginan untuk solat berjamaah di masjid atau Surau ! Kita akan mencapai tahap kemanisan jika kita laksanakan solat kita berdasarkan ilmu tentang solat. Pastikan rukun solat kita faham sebelum kita melaksanakannya satu- persatu. Rukun yang pertama adalah niat. Nampaknya Mudah, tapi fahamkan qauli, fe’li dan ta’yiin. Tanpa memahaminya ramai yang niat panjang sampai berharakah-harakah. Seandainya hal yang berkaitan dengan masih samar-samar, bagaimana pula dengan rukun yang seterusnya?

Ini bermakna kita harus menguasai sejelas-jelasnya hal yang berkaitan dengan niat, barulah kita yakin bahawa niat kita adalah betul dan seterusnya kita akan ke rukun seterus dengan yakin bahawa niat kita adalah sah. Jika masih ragu-ragu berkaitan dengan niat, ini bermakna kita belum memahaminya lagi dan solat kita berjalan di atas keraguan. Sekiranya ini yang kita alami, bagaimana kita ingin menggapai sebuah solat yang khusyuk? Ilmulah Jawapanya ! Bersambung …..

{ Leave a Reply ? }

Leave a Reply

Pingback & Trackback

  1. laga iphone Göteborg - Trackback on 2016/10/03/ 14:15
  2. Auto Insurance Quote Comparison - Trackback on 2017/02/28/ 11:57
  3. Crabion Express & Holding BC - Trackback on 2017/03/13/ 05:03
  4. Evergreensystem - Trackback on 2017/05/05/ 07:18
  5. Trip hop - Trackback on 2017/05/21/ 14:59
  6. slot - Trackback on 2017/05/28/ 09:26
  7. new construction in buffalo - Trackback on 2017/06/05/ 12:01
  8. Jugos - Trackback on 2017/06/15/ 06:23