RAMAINYA…….. TAPI PAYAHNYA!!!

Kehidupan kebanyakkan diisi dengan tugas untuk sesuap nasi, tujuannya untuk menghasilkan tenaga bagi melaksanakan ibadatNya. Sebahagiannya lupa matlamat sebenar kehidupan di dunia! Kita sebenarnya berada di kalangan orang Islam! tapi tidak mudah untuk kita membentuk rakan yang istiqamah untuk beribadat! Terutamanya untuk bersama solat berjemaah! Jika berada di rumah, kita tidak mempunyai masalah untuk hadir solat fardu berjemaah di masjid. Namun, amat sukar apabila kita berada di tempat kerja atau di dalam sesuatu majlis. Untuk menarik seorang dari yang ramai itu untuk bersama solat berjemaah terlalu sukar. Kesukaran ini disebabkan ramai beribadat tapi tidak ada matlamat dan masih kabur ganjaran yang disediaNya. Tidak ramai yang ingin berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk memastikan solat fardu berjemaah lima waktu tanpa gagal! Tidak ramai yang mencari berbagai ikhtiar bagi memastikan dapat solat fardu berjemaah walaupun dalam apa situasi pun! Sebenarnya ianya tidak payah jika itulah matlamat kita dalam memenuhi kehendakNya. Sibuk kerja, bukanlah alasannya! kita boleh laksanakan secara berjemaah sebaik sahaja selesai tugas! Jika dalam bermusafir sekalipun kita kena rancang di mana kita akan solat fardu Subuh secara berjemaah( bagi fardu yang lain kita diistimewakan untuk jamak) dan kita juga hendaklah memastikan kita juga dapat melaksana solat sunat sebelum subuh yang besarnya ganjaran walaupun dalam keadaan bermusafir. Jika kita bersungguh keranaNya, yakinlah Allah akan melorong jalan untuk kita melaksanakannya. Alangkah manisnya jika dapat kekalkan solat berjemaah walaupun dalam keadaan yang amat sukar! Carilah kemanisannya!

Leave a Reply