RAMAI YANG TAHU, TAPI TIDAK RAMAI YANG LAKSANAKAN, MUDAHAN BUKAN KITA!

Ramai yang menyedari betapa  banyaknya amalan para solehan untuk menggapai syurgaNya. Amalan mereka tidak sekadar melaksaakan amalan yang difardukan serta diwajibkan, malah amalan yang disunatkan dilaksanakan sebagai amlan yang difardukan. Apakah kita merasakan sudah memadai dengan amalan yang kita laksanakan untuk menggapai rahmatNya bagi memasuki syurgaNya? Itu sekadar bandingan para solehan, apatah amalan Rasulullahi sallahu ‘alaiwassalam yang sudah dijamin syurga, namun dalamilah amalan yang disunnahkan! Solat malamnya, solat berjemaahnya serta semua amalan yang diperintahkan ke atasnya dan disyariatkan untuk semua umatnya. Ramai yang tahun betapa dituntut untuk solat fardu berjemaah, namun tidak ramai yang berjaya mengamalkannya, mudahan itu bukan diri kita! Ramai yang menyedari bangun malam itu amalan Rasulullahi sallahu ‘alaiwassalam serta diikuti para solehan, namun tidak ramai yang berusaha menguatkan diri untuk melaksanakanya, mudahan itu bukan diri kita! Ramai yang menyedari keutamaan solat Subuh berjemaah dan disertakan dengan solat sunat sebelum Subuh yang fadhilatnya satu dunia dan seisinya, namun tersangat ramai yang masih berselimut dan solat sendiri-sendiri di rumah, mudahan itu bukan kita! Ramai yang mengetahu keutamaan solat-solat sunat rawatib, dhuha, wuduk, tahajud, tasbih, awabin,taubat dan sebagainya, namun tidak ramai yang mengamalkannya secara istiqamah terutama yang muakad, mudahan itu bukan kita! Ramai yang mengetahui keutamaan mempelajarai al Quran untuk memastikan bacaan kita dalam solat dan tadarus menepati hukum-hukum tajwidnya agar solat dan amalan kita sempurna, namun tidak ramai yang berusaha untuk belajar bersungguh-sungguh dengan menadaptkan guru yang alim tentang al quran, mudahan itu bukan kita! Ramai yang menyedari majlis ilmu ibarat taman-taman syurga, namun tidak ramai yang memperuntuk sedikit masa untuk berada di sana, mudahan itu bukan kita! Banyak amala zikir dan doa yang dicontohi oleh Rasulullahi sallahu ‘alaiwassalam untuk diamalkan dalam kehidupan sehari, daripada zikir selepas solat fardu, zikir pagi petang dan sebagainya serta doa-doa untuk setiap perbuatan dan gerak geri kita, namun ramai yang mengambil ringan,mudahan itu bukan kita! Jadilah mereka beramal soleh itu kita! atau sekurangnya sedang berusaha ke arah itu!

Leave a Reply