RAMADHAN

Dengan kebesaran Ilahi, ALLAH SWT mewajib sebulan dalam setiap tahun untuk hambanya melaksanakan ibadah puasa. Pada bulan ini dikurniaan berbagai tawaran dan fadhilatnya. Di samping berpuasa dengan memenuhi syarat-syarat sah puasa. Hambanya digalakkan melaksanakan amalan-amalan sunat dengan tawaran ganjaran yang lumayan dan kemuncak ganjaran yang ditawarkan ialah malam lailatulkadar yang mana lebih baik dari seribu bulan. Pada bulan ini umat berbondong-bondong hadir mengimarahkan masjid untuk solat sunat terawih walau pada kebayakan hari pada bulan biasa yang bersolat jemaah hanya kadang-kadang hanya iman dan seorang makmun. Ada ketikanya iman menjadi bilal, imam dan makmun sekali gus. Allah MAHA PENGASIH kepada hambanya. Allah tidak membiarkan hamba begitu sahaja. Kewujudan Ramadhan menandakan kasih sayang Allah supaya hambaNya tidak terus leka. Pada Ramadhan hambanya yang jarang, malah ada yang melupakan terus rumah Allah pada bulan-bulan lain akan hadir untuk mengejar ganjaran yang Allah tawarkan pada bulan ini. Maka dengan kebesaran Allah mereka akan bangkit dari kelalaian malah ada yang mendapat amalan yang mabrur pada bulan ini dan terus istiqamah dengan amalan selepas Ramadhan. Itulah tandanya kebesaran Ilahi. Sempena dengan kedatangan bulan yang mulia ini maka marilah kita berazam untuk menjadikan puasa kali ini di antara yang terbaik dari sebelum. SELAMAT BERPUASA KEPADA SAUDARAKU PARA HAMBA-HAMBA ALLAH.

Leave a Reply