RAMADHAN YANG MABRUR + LAITUL QADAR

Semalam kebanyakkan ummat Islam di Nusantara telah mengadakan majlis Nisfu Syaa’aba. Majlis sebagai suatu peringatan bahawa tidak lama lagi kita akan menyambut bulan Ramadhan al Mubarak. Persiapan atau persediaan yang sepatutnya ialah sebaik sahaja kita menyambut Syawal yang lalu. Namun, kebanyakkan kita merayakan perayaan sempena tamat Ramahdan sehinggalah Ramadhan yang Ramadhan baru tiba. Namun begitu tidak mengapalah kerana kita masih diberi peluang lagi untuk menunaikan ibadat puasa pada tahun ini. Oleh itu, masih belum terlambat untuk membuat perancangan yang teliti agar puasa yang akan kita laksanakan nanti adalah terbaik dan terpenting sekali mabrur. Bagi mereka yang agak lama tidak berjinak dengan puasa Isnin dan Khamis bolehlah mencubanya. Seandainya tadarus, kita laksanakan sekali-sekali, maka mulai sekarang tadaruslah secara istiqmah bermula dengan beberapa ayat setiap hari kepada beberapa helaian setiap HARI dan buat target untuk katam bacaan kita pada hujung Ramadhan nanti. Berjinak-jinaklah dengan solat berjamaah lima waktu dengan memastikan solat diawal waktu. Rancanglah jadual perjalanan hidup harian kita samada rasmi atau tidak agar tepat pada waktu kita berada dalam saf solat. Basahi lidsh dengan zikir-zikir yang disunnahkan. Bangunlah untuk berqiamulai setiap malam dengan lazimkan solat tahajud dan witir. Terpenting jangan tinggal amalan bertaubat samada istighfar, meninggalkan perkara yang dilarang dan amalkan solat sunat taubat setiap masa. Persiapan dan amalan-amalan secara istiqamah yang kita telah,sedang dan akan kita laksanakan ini, membolehkan memohon kepadaNya dikurniakan lailatu qadar. Amalan hanya pada malam sepuluh tanpa dibantu dengan amalan sebelumnya agak terhad kita mendapatnya kecuali dengan rahmatNya. Marilah kita sama-sama memohon rahmatNya agar kita dikurniankan puasa yang mabrur serta ganjaran lailatul qadar.

Leave a Reply