RAMADHAN SUDAH HAMPIR 1/2 BERLALU!

Masa terlalu cepat berlalu. Bagaimana dengan penilaian kendiri berkaitan diri kita sepanjang melalui bulan yang penuh keberkatan ini? Untuk kita persembahankan puasa yang terbaik untukNya, ianya tidak memadai dengan hanya berlapar dan berdahaga! Berlapar dan berdahaga adalah asas kepada puasa kita. Namun, segala gerak kehidupan kita sepanjang kita berpuasa merupakan pelengkap kepada kesempurnaan puasa kita. Pelengkapnya sudah semua sedia maklum. Selain menjaga segala gerak fikikal(pandangan,pendengaran,pertuturan dll) serta gerak hati(menjaga hati) agar tumpuan hanya yang diredhainya. Mala pelengkap lain ialah menjaga hubungan dengan Allah dan hubungan sesama manusia. Hubungan denganNya melibatkan ibadat sama Ada yang difardukan , diwajibkan atau yang disunatkan. Penambahan dalam ibadat melibatkan kesempurnaan dalam ibadat yang lengkap dengan perkara yang rukun serta dilengkapi dengan aksesori( boleh rujuk artikel berkaitan dengan sebelum). Penambahan dengan qiam,zikir,dan banyak lagi (rujuk artikel berkaitan ibadat harian yang perlu dilaksanakan). Persoalannya, apakah semua itu berjalan seperti yang sepatutnya dan telah dirancang sebelum ini. Inilah keperluan untuk kita membuat penilaian kendiri sebelum masuk ke fasa 10 malam terakhir Ramadhan. Diri sendiri yang dapat membuat ‘assessment’. Contohnya dalam bab solat tarawih yang sering diviralkan, 8 ke 20? Tidak menjadi persoalan kita memilih 8 atau 20! Namun, tandatanyanya kenapa kita pilih 8 bukan 20? Adakah kita memerlukan masa yang mencukupi untuk melaksanakan ibadat yang lain selepas solat terawih, umpamanya bertadarus dan sebagainya? Atau kerana 8 rakaat supaya cepat habis dan tidak memenatkan dan boleh melaksanakan aktiviti lain sebagaimana sebelum bulan Ramadhan seperti lepak, menonton dan sebagainya? Pemilihan jumlah rakaat solat yang kita pilih merupa pelengkap kepada puasa kita. Allah Maha mengetahuai dan sangat dekat dengan kita(inni khorib). Itu hanya satu bab (solat sunat tarawih)! Allah sudah dapat membaca hati kita! Dan inilah di antara pengisian Ramadhan yang akan kita persembahkan kepadaNya di akhir Ramadhan nanti! Laksanakan solat tarawih dengan penuh keihklasan, jika 8 rakaat pilihan kita, maka tujuannya untuk melaksanakan ibadat yang lain selepasnya, bukan untuk mencari yang ringkas dan cepat. Mudahan kita dikurniai puasa yang mabrur.

13 Ramadhan 1438H- Kota Bharu

Leave a Reply