RAMADHAN -SOLAT MAGHRIB BERJEMAAH

Dewasa ini masjid bertaburan dan kebanyakan kita tinggal berhampiran masjid. Solat terawih memenuhi masjid, namun solat fardu Maghrib berjemaah boleh dihitung dengan jari! sedangkan keduanya amat dituntut , malah solat fardu berjemaah merupakan keutamaan sepanjang masa. Kita kena ambil tindakan segera dengan berusaha untuk hadir solat fardu berjemaah 5 waktu. Kita perhatikan ramai yang dapat hadir solat fardu maghrib berjemaah di bulan lain tapi gagal hadir pada bulan Ramadhan. Sedangkan kita ingin kualiti puasa kita yang terbaik yang mana solat berjemaah merupakan di antara pelengkap jika tidak berhalangan syarie. Ayuh, kita hadir solat fardu berjemaah 5 waktu. Berbukalah ala kadar dan kejarlah solat Maghrib berjemaah.

Leave a Reply