RAMADHAN PERTAMA

Marilah kita merenung diri kita pada hari pertama Ramdhan ini. Adakah perubahan yang kita hasilkan jika bandingkan dengan hari pertama Ramadhan yang lepas. Bagaimana dengan amalan sebelum sahur? sempatkah kita bersolat sunat malam? solat sunat wudhu’,sunat taubat, sunat tahajjud, subat hajat? Alhamdulillah seandainya dapat kita laksanakan semuanya atau sebahagian daripadanya dengan lebih baik daripada tahun lepas. Jika belum pernah laksana dan kita berjaya laksanakan adalah satu kejayaan yang Allah kurniakan. Jika sekiranya, memang telah menjadi amalan kita sejak Ramadhan yang lalu, maka kita tingkatkan dari segi kualitinya. Solat sunat yang sama tapi ada penambahan pada aksesorinya yang menjadi amalan Nabi Muhammad S.A.W. Sebagai contoh, bacaan yang disunatkan dalam solat selain perkara asas bagi yang sunat. Lebih jelas lagi ialah dalam bacaan doa iftitah kita baca bacaan tambahan yang selalu di baca oleh Nabi S.A.W selain yang biasa dibaca oleh orang awam. Tadarus Al Qurna bagaiama? Sudah adakah perancangan? berapa kali ingin kita katam. Paling minimum sekali pun sudah cemerlang bagi mereka yang belum pernah melaksanakan. Mereka yang telah dikurniakan ramhatNya mungkin pada Ramadhan pertama iaitu pada pagi ini mereka sudah mentadrusnya paling sedikit satu juz. Allah hu akhbar tidak mahukan kita rahmatNya.

Leave a Reply