RAMADHAN MENGGAMIT LAGI, SYUKUR KERANA MASIH BERADA DI DUNIA

Syukur kerana kita di antara hambaNya yang terpilih untuk menambah saham akhirat dalam melaksana ibadat puasa di samping ibadat-ibadat yang lain. Ramai yang tidak dikurniai peluang imi. Mohon kekuatan untuk meningkatkan ibadat puasa pada tahun ini berbanding dengan tahun yang sebelumnya. Mengekalkan mementum puasa sebelumnya sudah dikira baik. Namun, persoalanya apakah puasa kita sebelum ini sudah terbaik atau menepati kehendakNy? Jika kita pun belum pasti apakah puasa yang terbaik. Menjadi lebih parah ,jika muhasabah , adakah puasa yang lalu diterimanya! Oleh kerana keadaan yang masih menjadi tandatanya, maka inilah peluang terbaik untuk melaksana ibadat puasa ysng paling berkualiti atau lebih baik dari puasa yang kita laksanakan pada tahun yang sebelumNya. Marilah kita dalami ilmu berkaitan untuk mndapati puasa yang mabrur dengan melaksanakan semua prasyarat untuk menggapai puasa yang mabrur untuk dipersembahkan kepadaNya. Cabarannya harus dilalui dengan sabar dan disertai dengan kesungguhan secara ISTIQAMAH.

Leave a Reply