RAMADHAN KE 5 – CABARAN

Kita biza bertadarus, kita juga bisa berzikir, kita juga bisa mengnvi mulut dari perkataan yang menyebabkan kehilangan pahala PUASA kita. Namun, kesukaran akan berlaku jika berada di kalayak ramai, sama ada di tempat kerja atau di ruang terbuka! Peecakapan orang di sekitar kita akan mencuri menyelinat masuk ke deria pendengaran kita yang menyebabkan rasa seronok, rasa seronok kepada perkara yang menghilangkan pahala PUASA orang lain menyebabkan akan tergugatnya juga paha kita! Perhatian berat dengan mengelakkannya sangat perlu. Jauhi dari berada di tempat tersebut atau bersegera meninggalkan tempat tersebut jika kita telah berada di tempat tersebut ! Oleh kerana kita berada di negara yang tidak mengamalkan Islam sepenuhnya menyebabkan pandangan mata kita selalu terbabas melihat pesekitaran yang tidak kondusif dengan kehendak syariah seperti pendedahan aurat dan mencabar lagi jika berada di kalangan non- Muslim. Jihad hati melawan nafsu mata perlu dipraktikkan dengan bersungguh-sungguh. Elakkan menonton Tv ( kecuali kita pasti waktu tertentu sedang bersiaran program yang bermanfaat untuk agama. Elakkan merayau-maratau di laman web atau sosial seperti ‘Facebook’ tweeter , istagram dan sebagainya( kecuali kita telah kenal pasti laman tersebut bebas dosa kepada mata atau bahan bacaannya). Tanpa sebarang keperluan elakkan dari merayau-rayau di bazaar dan tempat-tempat yang sewaktu dengannya( di tempat sebegini tidak ramai ahli ibadat yang berada di sini pada waktu kemuncak ini yang sepatutnya dihabiskan dengan zikrullah atau bersama famili)Pancaindera yang agak terkawal dan masih boleh dikawal. Mudahan hari ini kita dikurniai PUASA mabrur yang ke 5. Di penghujung hari merupakan kemuncaknya usaha syaitan melalui wakilnya ( persekitaan yang bertentangan dengan syariah)agar perjalanan PUASA kita sehingga saat ini masih bertahan. Jangan kerana 1/2 jam sebelum waktu berbuka telah memusnahkan kemabruran PUASA yang kita pertahankan 8/9 jam yang lalu!

Leave a Reply