RAMADHAN KE 13 – BAGAIMANA TADARUSMU

Tadarus dan tadabur adalah amalan yang besar ganjarannya dalam pengisian Ramadhan al Mubarak. Namun untuk khatam sekurang-kurangnya sekali sepanjang Ramadhan memerlukan jadual tadarus yang tetap dan melaksanakan secara bersungguh-sungguh dan istiqamah. Kegagalan merancang dan mematuhi disiplin masa , sudah pasti tadarus kita tidak akan ke mana! Mungkin kita hanya berjaya menghabiskan satu dus juz sahaja ! Namun, tidak mengapalah asalkan kalau itu tahapnya tapi usaha perlu ditingkatkan untuk memaksimakan tadarus kita sehingga akhir Ramadhan. Untuk khatam sekali sepanjang Ramadhan, kita perlu peruntukkan 1 hingga 2 jam sehari untuk bertadarus( bergantung kepada kelancaran seseorang). Namun, hukum-hakam berkaitan tajwid perlu dipertahankan. Sertailah kumpulan tadarus berkumpulan di tempat anda untuk menyemak bacaan masing-masing agar bacaan kita mendapat pahala. Semuanya boleh jika kita mahukan dan bersungguh-sungguh untuk mencapainya.

Leave a Reply