RAMADHAN EMPAT

Untuk mendapat puasa mabrur bukan suau yang mudah walaupun bukan perkara yang mustahil. Walaupun halangan luaran dan persekitaran selalu dijadikan alasan tetapi kekuatan dalaman merupakan faktor utama bagi mendapat ibadah yang mabrur. Kekuatan dalaman perlu diasah berterusan dan persiapan awal. Persiapan dari segi akidah dan amalan-amalan harian yang menjurus kepada ketaqwaan merupakan pembantu utama menjadikan setiap amalan mabrur termasuklah amalan puasa. Oleh yang demikian persiapan ilmu adalah suatu keutamaan sebelum melaksanakan ibadat bukan sekadar ikutan. Maka di bulan yang mulia ini marilah kita memulakan pencarian ilmu secara formal melalui guru yang mursyid.

Leave a Reply