RAMADHAN DI ANTARA TANDA ALLAH MAHA PENYAYANG KEPADA HAMBANYA

Ramai manusia leka dan kadang terlupa mengingatiNya. Ada kadang-kadang solat, kadang-kadang tidak, ada kadang-kadang laksanakan yang sunat, kadang ditinggal, kadang datang berjemaah di masjid kadang solat sendiri-sendiri, kadang-kadang apabila bercakap tidak berlapik, dan banyak yang kadang-kadang dan yang paling menyedih langsung tidak kadang-kadang. Namun dengan kedatangan Ramadhan, mereka yang sudah lama tidak menjeguk masjid atau surau tiba-tiba muncul untuk bersama memenuhi ruangan masjid, yang agak liat untuk solat sunat menjadi rajin melaksanakan sehingga lebih 20 rekaat setiap malam, begitu juga amalan lain. Tidak menjadi apa-apa sekiranya Allah membiarkan leka seleka-leka sehingga kita mati dalam keadaan melupaiNya dan dihumban ke nerakaNya yang teramat pedih! Namun kerana Maha Penyayangnya Allah kepada hambaNya, maka diadakan bulan rahmat dan bulan keampunan agar hambaNya kembali dari kealpaan untuk memperhambakan kepadaNya dengan adanya bulan yang penuh kemulian, keberkatan serta keampunan ini. Bagaimana sekira tiada Ramadhan? sudah pasti ada yang leka seleka-lekanya. Hasil daripada madrasah Ramadhan ramai yang kembali kepada pengabdian kepada Pencipta walau Ramadhan sudah pergi. Itu tandanya Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

{ Leave a Reply ? }

Leave a Reply

Pingback & Trackback

  1. trầnnhôm - Trackback on 2016/09/02/ 20:19
  2. mdma crystal - Trackback on 2016/09/09/ 16:30