RAMADHAN- ALLAH MAHA PENGASIH

Alhamdulillah, Ramadhan semakin hampir. Sekarang semua umat Islam menunggu untuk menyambut Ramadhan al mubarak. Bulan penuh keberkatan ini mungkin esok, atau lusa! Allah Maha Penyayang kerana diberi peluang untuk menyedut udara ciptaannya, mudahan dikurniai kesempatan untuk melaksana suruhanNya yang difardu ke atas hambaNya yang cukup syarat- syarat yang ditetapkan sama esok atau lusa sehingga berakhirnya Ramadhan tahun. Alhamdulillah kerana dikurniai kesihatan yang amat untuk melaksanakan semua ibadat yang diperintahNya tanpa sebarang halangan termasuklah Ramadhan kali ini. Mohon rahmatMu agar kesihatan dan kelapangan dikekalkan untuk hambaMu serta keluargaku yang tercinta. Sesungguhnya setiap kurniaanMu boleh sahaja Engkau kekalkan atau Engkau hilangkankan. Ya Allah kurniakanlah kekuatan untukku, kelurgaku dan semua hambaMu keinginan untuk melaksanakan segala suruhanMu. Tanpa kekuatan yang Engkau anugerah, mustahil bagi hambaMu yang tersangat daif dan lemah ini dapat melaksanakannya. Sebanyak manapun suruhanMu, dengan izinMu ianya dapat dilaksanakan dengan mudah. IsyaAllah, akan laksanakan Ramadhan tahun menjafi RAMADHAN YANG TERBAIK sepanjang hidupku.

Amalan- amalan sepanjang RAMADHAN:
SOLAT – PELBAGAI SOLAT SUNAT DI WAKTU SIANG DAN MALAM
ZIKIR
DOA
SEDEKAH
HABLUMINANNAS
TADARUS
TADABBUR
MAJLIS ILMU
MENJAGA RUKUN PUASA
DAN LAINNYA.

Mudahan semua itu dapat dilaksanakan dengan mudah dengab izinMu ya Allah, ya Rabval ‘alamin.

29 Syaaban 1437(5/6/2016)

Masjid Muhammaddi, Kota Bharu.

Leave a Reply