RAHSIA AMALAN PARA ALIM ULAMA – SARANAN DAN CERITA YANG DISAMPAIKAN ITULAH AMALANNYA

Para alim ulama yang benar-abenar soleh tidak akan menyampaikan secara langsung tentang amalan. Malah agak sukar untuk memperhatikan gerakkerja amalan. Oleh sebab itu, jika kita perhatikan kehidupan para ulama adalah bersahaja dan tidak berbeza dengan orang awam. Namun di sebalik saranan dan cerita-cerita berkaitan dengan amalan para ambia’ dan para solehin itulah sebenarnya amalan para alim ulama yang sebenarnya.Biasa kita mendengar riwayat seorang ulama terkenal yang makannya agak gelojoh apabila menyedari tetamunya ingin melihat kealimannya. Lantas dengan perbuatan ulama tersebut menyebabkan tetamu tidak menganggap ulama yang alim itu tidak sebagaimana dicerita oleh orang. Begitulah ulama sejati cuba menyembunyikan amalanya untuk mengelak daripada sesuatu yang ulama tersebut sahaja yang maklum. Sebagaimana kita sedia maklum, seorang ulama sangat takut dengan Allah dan faqih dalam bidang agama. Adalah tidak mungkin seorang ulama itu “cakap tidak serupa bikin”. Oleh itu jangan sesekali kita inginkan ungkapan ” amalan begini-begini yang saya lakukan!” tidak mungkin ungkapan tersebut akan keluar dari ulama yang benar-benar soleh. Rahsia amalannya ialah apa yang disarankan dan diceritakan, maka itulah amalan yang tersurat atau tersurat yang menjadi amalannya dan disuruh kita mengamalkannya. Jadi, apabila kita berada di majlis ilmu, maka telitikan apa saranan dan cerita yang disampaikan untuk ambil dan amalkan secara istiqamah.

Leave a Reply