Rahmat Ramadhan dan tanda kebesaran Illahi

Malam pertama terawih tidak ramai walaupun kehadirannya agak luar dari biasa tapi tak seramai malam kedua Ramdhan 1429. Ini disebabkan pada kebiasaan puasa diisytiharkan bermula selang sehari selepas melihat anak bulan. Pada kebiasaannya anak bulan tidak kelihatan walaupun para ulamak menggunakan alatan yang tercanggih dan berada pada kedudukan yang paling strategik. Pada tahun ini dengan izin Allah s.w.t dengan kebesarannya dimaklumkan Mufti Wilayah Persekutuan dapat melihat anak bulan dari Menara Kuala Lumpur dengan menggunakan teleskop berkuasa tinggi. Alhamdulillah ini satu anugerah dan pentanda baik untuk ummat Islam di negara ini. Kembali kepada rahmat dan tanda kebesaran Illahi apabila kita merujuk kehadiran jemaah ke surau atau masjid di seluruh negara yang luar biasa ramainya berbanding bulan-bulan sebelumnya. Tidak ketinggalan apa yang berlaku di Surau Assyakirin Taman Tinosan, Batu 4, Sandakan. Pada bulan-bulan biasa jemaahnya boleh dikira dengan jari dan amat bertuah sekiranya kehadiran melebihi 10 jemaah kecuali malam aktiviti bacaan yasin(malam Jumaat) dan majlis keagamaan. Keajaiban ini berlaku setiap menjelang bulan Ramadhan termasuk pada tahun ini Ramadhan 1429H. Kehadiran para jemaah sihingga ruang dalam surau ini tidak dapat menampungnya. Sebahagian terpaksa solat di luar. Makmum yang biasa yang segera beredar selepas selesai solat)tanpa wirid) pada malam terawih sanggup tunggu sehingga selesai 23 rakaat termasuk solat witir. Sebahagian mereka akan datang bersolat Subuh dan Asyar berjemaah yang sebelum ini jarang malah tidak pernah berlaku. Para jemaah ini akan berada lebih awal di surau mengalahkan jemaah ragular. Inilah rahmat dan keajaiban serta tanda kebesaran Illahi. Jika disentuh rezeki yang melimpah ruah, serta hal-hal lain yang positif memang tidak terhitung. Harapan yang paling utama para jemaah ini dapat mencapai hasil bulan Ramadhan Al mubarak ini.

Leave a Reply