Puasa tapi Tidak Mabrur?

Sia-sia berpuasa jika tak jaga solat fardhu

Berita Harian 23 Ogos 2010

PUASA tetapi tidak solat bukan isu baru namun perlu dibangkitkan untuk perbincangan supaya amalan sepanjang Ramadan tidak menjadi sia-sia kerana sesetengah umat Islam begitu menjaga ibadat puasa namun solat diabaikan. ibadat puasa menjadi sia-sia jika seseorang itu tidak menunaikan solat wajib lima waktu kerana matlamat puasa untuk meningkatkan ketakwaan kepada Allah dan jika tidak solat, maka tiada apa yang hendak ditingkatkan.

Solat adalah amalan pertama yang dihisab di akhirat nanti, bukan puasa, haji, zakat atau infak yang kita buat. Oleh itu, jika puasa tetapi tidak solat, sia-sia saja. Solat tidak ada fidyah atau tebusan tetapi puasa boleh ditebus dengan fidyah, katanya.

Apa yang patut diserlahkan ialah Ramadan sebagai pesta ibadat bukan pesta makanan. Ini peluang Allah beri dan mesti dijaga elok-elok dengan mendidik orang Malaysia serta pelancong dengan pemandangan apabila Ramadan, kita semua penuhkan masjid, katanya.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Sia-siaberpuasajikatakjagasolatfardhu/Article

SOLAT MERUPAKAN AMALAN YANG MULA-MULA DIHISAB DI AKHIRAT

Solat merupakan perkara pertama yang diperiksa di akhirat. Jika solat baik dan sempurna, maka mudahlah pemeriksaan pada amalan-amalan selepasnya. Jika ia baik, baiklah amalan-amalan yang lain. Sebaliknya, jika solat tersangkut, maka tersangkutlah amalan-amalan yang lain.

Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda yang maksudnya : “Sesungguhnya yang paling mula-mula dihisab pada seorang hamba di hari Kiamat daripada amalannya ialah solat . Sekiranya solatnya baik, maka dia akan berjaya dan selamat. Sekiranya solatnya rosak, maka dia akan kecewa dan rugi &ldots;..”

(Riwayat At Tirmizi, An Nasaei dan Ibnu Majah ).

Nabi bersabda: Sesungguhnya amalan pertama seorang hamba yang dihisab pada hari kiamat ialah solatnya. Sekiranya baik solatnya maka dia telah berjaya. Sekiranya rosak solatnya maka kecewa dan rugilah dia. Sekiranya ada kekurangan pada solat fardunya maka Allah s.w.t akan berkata: “Lihatlah adakah hambaku mempunyai solat sunat? Maka jika ada; ia akan menampung kekurangan fardunya. Begitulah cara hisab bagi seluruh amalannya yang lain.

Leave a Reply