PUASA TAHUN INI ADALAH TERBAIK!

Puasa ada tiga tahap. ,Imam Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulumiddin menyebut, puasa ada tiga kedudukan iaitu puasa umum, puasa khusus dan puasa khusus al-khusus.

Puasa umum ialah menahan perut dan kemaluan daripada memenuhi kehendak syahwat.

Puasa khusus pula ialah menahan pendengaran, penglihatan, lidah, tangan, kaki dan seluruh anggota badan daripada melakukan dosa.

Sementara puasa khusus al-khusus ialah menahan hati daripada keinginan yang buruk dan daripada memikirkan sesuatu selain daripada Allah sepenuhnya.
Target kita ialah pada tahap ketiga. Entah-entah ini puasa kita yang terakhir! Untuk itu kita mesti membuat perubahan yang dratiks! Jika sebelum ini kita jarang Solat berjemaah, maka ini waktu yang paling tepat untuk memulakan solat berjemaah LIMA waktu sehinggalah kita dipanggilNya ‘anytime’. Jika kita sudah ISTIQAMAH Solat berjemaah maka, mulai Sekarang kita ambil masa beberapa minit selepas berwirid untuk bertadarus sekurang satu atau dua muka Surat ALQURAN. Tidak ramai yang mengambil kesempatan untuk bertadarus beberapa minit selepas Solat draw
terawih! Maka jAdikan kita di anatara yang berjaya mengamalkannya. Jika kita perhatikan tidak ramai yang amalan tersebut. Entah apa yang penting sangat dikejar selepas Solat terawih sehingga tidak berkesempatan untuk seminit dua bertadarus ? Moga tahun ini kita berusaha mengambil kesempatan ini. Agak sukar dan tidak ramai yang ISTIQAMAH melaksanakannya. Maka cabarlah diri sendiri hanya lah kersnaNya.

Leave a Reply