PUASA SUNAT ISNIN DAN KHAMIS

Kita tidak mempunyai sebarang masalah pun untuk puasa penuh sebulan bulan Ramadhan. Bagaimana dengan puasa Isnin dan Khamis? Sudah cubakah kita? atau masih sayang dengan hidangan yang enak-enak dan kemeriahan menjamu selera bersama keluarga dan rakan taulan! Tidakkah kita ingin mencubanya untuk puasa pada hanya dua hari dalam seminggu yang tidak terhitung ganjaran dan fadhilatnya. Cubalah untuk beberapa waktu dengan bersungguh-sungguh pasti kita tidak akan meninggalkannya lagi sepanjang kehidupan kita. Cubalah berpuasa dengan bersungguh-dengan kehadiran hati yang sedalam-dalamnya semasa kita berpuasa sunat tersebut. Kaji dan amalkanlah segala syarat-syarat untuk mendapat puasa yang mabrur(DITERIMANYA). Hayatilah apa kelebihan dan amalan orang yang berpuasa supaya puasa kita ada ‘kelas’ bukan puasa sekadar lapar dan dahaga. Kemanisan beribadat puasa sedang menunggu anda! Ayuh cubalah dan amalkanlah bersungguh-sungguh! Tanpa kesungguhan kita pasti tewas kepada godaan syaitan dan manusia. Tidak ramai yang mengamalkannya dan letakkanlah diri kita di kalangan tidak ramai itu. Kelaparan berpuasa sunat sebenar semanis-manis makan di dunia ini. Orang yang berjaya mengamalkan secara istiqamah sahaja yang dapat merasainya. Ayuh mulailah esok!

{ Leave a Reply ? }

Leave a Reply

Pingback & Trackback

  1. How to use rabbit vibrator - Trackback on 2016/07/21/ 13:54
  2. bột trét tường - Trackback on 2016/11/16/ 16:32