PUASA ENAM SYAWAL SUDAH LANGSAI, KENAPA TIDAK PULA CUBA PUASA ISNIN DAN KHAMIS?

Kebanyakkannya dari kita telah berjaya mengharung puasa Ramadhan (completely ) 30 hari tanpa gagal. Keupayaan Ramadhan disambung dengan puasa enam dalam bulan Syawal (compeletely and direct 6 days) tanpa sebarang masalah. Alhamdulillah dan tahniah! Apalah salahnya dicuba berpuasa Isnin dan Khamiss ecara istiqamah! Ada berani mencuba amalan tersebut yang akhir akan merasa kemanisan beribadat. Apabila kita berpuasa, hal-hal yang menambah dosa dapat diminimakan, mungkin dihilangkan terus apabila kita merasai kemanisan berpuasa sunat. Takkanlah kita hanya menunggu untuk berpuasa pada Ramadhan yang akan datang (1436H) dan puasa sunat enam Syawal selepasnya! Apa akan jadi jika dipanggilNya sebelum sempat berpuasa pada Ramadhan yang sedang kita tunggu. kira 11 bulan dari sekarang kita menunggu tanpa berbuat apa-apa! Apalah salahnya sambil kita menunggu untuk Ramadhan akan datang (mudah kita disampaikanNya) kita cuba laksanakan puasa sunat Isnin dan Khamis! mudah ia membentuk menjadi insan yang lebih baik sebelum di samping merasai kemanisan beribadat. Apabila kita berpuasa, kita bukan sahaja menahan diri dari lapar dan dahaga tapi seluruh anggota pancaindera serta amalan-amalan yang menjadikan puasa yang terbaik. Ayuh! tahun ini kita tambah amalan sebagai menanda kejayaan madrasah Ramadhan yang kita lalui beberepa detik yang lalu! ATAU INGIN TUNGGU SEBELAS BULAN LAGI UNTUK BERPUASA? Kenapa kita tidak mahu mencuba ibadat yang belum pernah kita laksanakan sebelum ini, sekarang? PUASA SUNAT ISNIN DAN KHAMIS!Cubalah, anda pasti akan merasai kemanisannya!

Leave a Reply