PUASA MABRUR SEBAGAI PERSIAPAN UNTUK MENGGAPAI HAJI YANG MABRUR!

Catatan ini khas untuk bakal jemaah haji pada tahun ini dan pada tahun yang mendatang. Seharusnya persiapan untuk menggapai haji yang mabrur bermula dari tercetusnya niat menunaikan ibadat haji. Namun, untuk para jemaah yang terpilih olehNya masih mempunyai masa untuk menggapai haji yang mabrur kira-kira berbaki tiga bulan dari sekarang!. Puasa Ramadhan merupa peluang keemasan untuk hambaNya yang taat yang sebenar-benarnya sebagai persiapan untuk melaksanakan rukun yang kelima dengan mendapat ganjaran yang mabrur. Sepanjang bulan Ramadhan memberi peluang kepada kita untuk memaksima amalan dan seterusnya amalan tersebut diistiqamahkan sehinggalah kita berwuquf di Arafah sehinggalah selesai ibadat haji dan kembali dengan haji yang mabrur sudah tentu amalannya kekal sehingga kita dipanggilNya. Mohon jauhi dari menjadi haji’title’, haji ikutan dan pelbagai haji yang perhatikan amalan semasa di Makkah tidak selari dengan amalan apabila pulang dari mengerja haji. Malah yang parah lagi kita melaksana ibadat yang tersangat penting ini tanpa persiapan. Apabila tanpa persiapan, bermakna tiada ilmu tentang matlamat mengerjakan haji. Apabila matlamat utama mengerjakan haji kabur,,maka seolah-olah pemergian mereka ke Tanah Suci ibarat pelancong ibadah. Amalan sebelum, semasa dan selepas mengerja haji adalah sama. Untuk bakal jemaah haji, gunalah kesempatan sepanjang Ramadhan untuk meningkatkan amal di samping berusaha dengan bersungguh-sungguh melengkapkan diri dengan ilmu berkaitan dengan ibadat. Jika dilaksanakan sudah pasti perjalanan haji kita penuh dengan kemanisan dan manisnya beramal apabila pulang dari sana. Sebagai contoh, jika di sana solat berjemaah di masjid lima waktu, maka apabila pulang ke tanah air itulah juga amalan kita. Begitu juga dengan amalan lain seperti qiamulai, zikir,,dan sebagainya. Carilah haji mabrur dari sekarang sebagaimana kita mencari malam lailatul qadar.

Leave a Reply