PUASA MABRUR – KENA LAWAN KEMALASAN BERIBADAT!

Ibadat puasa sebegaimana ibadat fardu yang lain perlu dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh supaya mendapat nilaian daripadaNya untuk dikuniai puasa yang mabrur(diterimaNya). Kemalasan dalam beribadat memang mainan syaitan agar kita melaksanakan sesuatu ibadat dengan ala kadar dan rasa mudah puas hati. Tanpa kecekalan melawan sifat malas kita tidak akan berjaya menambah kuantiti dan kualiti ibadat. Untuk itu kita kena bersungguh-sungguh melawan kemalasan untuk solat sunat terawih dan sunat-sunat lain dengan sepenuh hati dalam aspek kualiti dan kuantiti. Kena bersungguh-sungguh untuk bangun qiamulai, tadarus dan tadabur secara konsisten, zikir sekerap yang boleh, mengawal lima pancaindera supaya hanya kepada yang berpahala dan sebagainya. Tanpa kesungguhan untuk melawan nafsu malas , akan menyebabkan amalan tidak akan ada peningkatan. Ushakan supaya amalan puasa dan amalan lain pada tahun ini adalah terbaik, kerana kita tidak pasti adakah kita dapat berjumpa dengan Ramadhan yang akan datang.

Leave a Reply