PUASA -KESAN POSITIF

Allah MAHA PENYAYANG. Apabila seminggu hambaNya dalam keadaan, Allah wujud kewajipan solat Jumaat, maka berbondong-bondonglah hambaNya ke masjid untuk solat fardu Jumaat walau sudah seminggu tidak menjengah rumahNya. Ada sebahagian hampir setahun sudah ke rumahNya untuk solat berjemaah, tapi dengan kedatangan Ramadhan maka berbondong-bondonglah datang untuk solat berjemaah fardu Isya’ seterusnya mendirikan solat terawih. Allah yang MAHA PENYAYANG sentiasa mengingat hambaNya yang lupa dengan pelbagai amalan wajib seperti puasa dan sebagainya yang menyebabkan hambaNya yang leka akan mengingati kembali. Bagi hambaNya yang terus juga leka, maka tunggulah seksa yang pedih kerana sengaja mengkesampingkan semua ingatanNya.
Situasi menjadikan ramai yang beribadat yang bentuk “mee segera” yang masih tidak tahu mana satu keutamaannya. Alhamdulillah, mereka ini amat rajin melaksanakan solat fardu dan sunat sekaligus. sebagai ramai yang rajin melaksanakan sunat rawatib. Namun, tidak prihatin mana yang sunat muakkad dan mana yang tidak muakad! Rajin mendirikan solat sunat rawatib qabliah sebelum maghrib dan Isya’ namun mrninggalkan sunat rawtib ba’adiah. Sedangkan ba’adiah maghrib dan Isya’ adalah muakad dan qabliahnya tidak muakad. Kesimpulannya ialah penting ilmu sebelum beribadat dan beribadatlah apabil berilmu.

Leave a Reply