Puasa dulu-dulu V

Ketupat merupakan menu wajib bagi orang kampung. Persaingan hebat untuk menghasilkan ketupat yang tersedap. Ada ketupat lemak, ketupat manis, ketupat beisikan kacang, ketupat berisikan sambal daging dan ikan dan sebagainya . Ketupat biasanya ada dua jenis iaitu ketupat daun palas dan ketupat dakap. Ketupat ini dicicah manisan cair atau gula kasar. Orang kampung akan mengheboh ketupat siapa yang paling sedap. Pada realiti lebih kurang sama. Ini dinamakan perang psikologi. Hebat juga orang kampung ini. Ketupat boleh dikatakan dihidangkan di setiap rumah. Kita akan merasa sebiji dua sebagai tanda menghormati tuan rumah. Apa yang menarik ketupat yang dipanaskan selepas dua tiga hari raya menjadi buruan kami. Kadang-kadang nasi dagang juga dijadikan menu juga untuk di sesetengan rumah. Minuman utama ialah teh atau kopi “O” panas. Kalau di rumah orang yang lebih berada di sediakan teh atau kopi susu. Kami mesti ke rumah yang menyediakan hidangan tea atau kopi susu. Ini adalah kerana boleh dikatakan jarang sekali kami dapat minum teh atau kopi bersusu. Kami tidak pernah ingat bilakah pernah dibelikan susu. Mungkin susu “DUMIX” adalah susu bayi yang terakhir dibelikan untuk kami selebihnya kami minum teh atau kopi “O”. bersambung…

{ Leave a Reply ? }

Leave a Reply

Pingback & Trackback

  1. sports mouthguard - Trackback on 2016/11/25/ 13:31
  2. unsigned artist 2017 - Trackback on 2017/04/02/ 09:38