PUASA 1429

Apakah Puasa ini sama dengan puasa 20 tahun dahulu? atau samakah dengan puasa 10 tahun  dahulu? atau samakah dengan setahun dahulu? atau samakah dengan seminggu dahulu? atau samakah dengan hari kelmarin? Meningkatkah atau mengurangkah? Siapakah yang menilainya selain Allah ? Yang pasti Allah dapat menilai sesempurnanya kerana DIA MAHA MENGETAHUI walau di dalam hati sekalipun. Manusia hanya dapat melihat pada zahir sahaja, itupun dengan sertibu kelemahan. Namun diri sendiri dapat merasakan perbezaan puasa hari ini dengan hari-hari yang lepas. Sekiranya tahapnya sama atau mengurang mohon kepada ALLAH sepanjang masa moga diberi kekuatan untuk menjadi lebih baik, terbaik dan sebaik-baiknya kerana PUASA ini untuk ALLAH SWT. Akhirnya apabila tiba waktu dan saat kita menemuiNYA pastikan kita mempunyai bekalan dan bekalan yang kita bawa berkualiti. Wallahu ‘allam

Leave a Reply