PUASA 10 MUHARRAM

Minggu depan 10hb Muharram 1436H bersamaan dengan 03 hb November 2014M kita disunatkan puasa. Pelbagai media elektronik dan cetak serta dalam kuliah dan ceramah agama mengingatkan betapa ganjaran orang yang melaksanakan puasa sunat sempena 10 Muharram. Namun, tidak meluas liputan yang menguar-uarkan tentang kelebihan puasa Isnin dan Khamis yang menjadi amalan para solehin. ‘CAKAP KENA BUAT’ mungkin menyebabkan tidak ramai menguar-uar termasuk ahli agama. Kebiasaan ‘makette’ setiap hari dengan rakan taulan mungkin di antara penghalang kepada puasa Isnin dan Khamis secara istiqamah. Hanya tanggapan yang di buat, yang mungkin tidak benar sama sekali!. Namun, kita kena teruskan amalan ini, di samping memperbanyakkan amalan pada bulam Muharram kita juga dapat melaksanakan sunnah dengan berpuasa pada Isnin (3hb Muharram) dan esok Khamis(6hb Muharram) serterusnya puasa Isnin + 10hb Muharram (2 dalam 1) bagi mereka yang istiqamah puasa Isnin dan Khamis, SELAMAT BERPUASA WAHAI SAUDARAKU!.

Leave a Reply