PUAS HATI SUDAHKAH KITA?

Di dalam kehdupan di dunia, jika kita berpuasa hati dengan apa saja pencapaian kita, maka pada tahap itulah kita tidak akan berkembang dan akan menjadi statik malah besar kemungkinan ianya akan menurun dan yang paling malang sekali ianya merudum. Begitu juga dengan amalan kita. Apakah kita sudah berpuas hati dengan solat yang kita dirikan? Lengkapkah sudah aksesori dalam solat selain daripada yang rukun? Puasa kita bagaimana? sudah memadaikah dengan puasa Ramadhan kita? tidakkah kita ingin tambah dengan puasa sunat sekurang-kurang puasa sunat Isnin dan Khmais? Sudah puas hatikah dengan ilmu berkaitan dengan amalan agama? Apakah kita sudah berpuas hati dengan amalan yang telah kita laksanakan daripada ilmu yang kita pelajari? Ingat ilmu dituntut untuk diamalkan bukan sekadar tahu sahaja? Bagaimana dengan tadarus dan tadabur al Quran? Puas hatikah kita dengan amalan kita sekarang? Koreksilah diri kita adakah memadai amalan untuk mendapat rahmatNya dan layakkah kita dimasukkan ke syurgaNya dengan amalan kita terkini. Tadaburlah sunnah Rasulullah Sallalah hu ‘alaiwasallam adakan semua sunah-sunahnya kita sudah amalkan sebahagian kecil atau sebahagian daripadanya atau sepenuhnya. Kita yang dapat menilai diri kita. Moga kita tidak tidak termasuk di dalam manuasia yang sudah berpuas hati.

Leave a Reply