PROUD TO BE MOSLEM

Congankata yang sering kita lihat di cermin belakang kereta. Semua pasti tuan empunya kereta tentu tertera di kad pengenalannya Islam. KALAU mengisi borang sudah tentu akan menulis religionnya ‘ISLAM’.
Mudahannya juga kita harap juga ‘ Islam is way of life’ dalam setiap amalannya. Sifat mahmudah yang pertama mesti dimiliki dan diamalkan oleh pemandu ini ialah sikap sabar apabila berada di atas jalan. Ia merupakan aksesori pertama sebagai seorang Muslim di jalan raya. Sekiranya itu gagal dipraktikkan maka, DENGAN serta merta cogankata itu perlu ditanggalkan. Ini kerana ia Akan mengelirukan pandangan orang non- muslim terhadap orang’MOSLEM’.
Semakin ramai orang Islam memasang cogankata serta diikuti dengan amalan mengikut sunnah, maka dunia akan makin aman dan umat Islam makin kuat. Semestinya apabila mengaku ‘Moslem’ , maka sudah tentu orang islam akan menjaga waktu solatnya dengan berjamaah di masjid atau Surau. Keluhuran budi dijaga sepanjang masa. Amalan-amalan sunat sudah istiqamah. Semua menjurus kepada kehidupan Muslim yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W. Mohon jangan menampalkan congankata sebagai hiasan saja atau untuk menyatakan bahawa kita orang ‘MOSLEM’ . Seorang Muslim tidak perlu tunjukkan bahawa dia SEORANG moslem, sebaliknya melaksanakan segala suruhan merupakan perkara yang utama. Namun, cogankata tersebut boleh dijadikan penguat atau sebagai ingatan sepanjang masa bahawa kita sebagai  seorang Moslem  akan tetap istiqamah dengan semua bentuk amalan yang diperintahNya maka alhamdulillah.

{ Leave a Reply ? }

Leave a Reply

Pingback & Trackback

  1. 健身 - Trackback on 2017/03/07/ 11:57