PROGRAM CERAMAH DAN KULIAH AGAMA OLEH USTAZ DR HJ DAS’AD LATIF

Mendengar ceramah, kuliah Subuh dan tazkirah Dr Hj Das’ah di laman web amat merangsan minda untuk meningkatkan amalan diri untuk beribadat kepada Allah swt. Alhamdulillah pada 18 hingga 20 Julai 2010 bersama 6 Syaaban hingga 8 Syaaban kita berpeluang bersua muka dan mendengar kuliah Subuhnya secara langsung. Terima kasih kepada sahabat lama(rakan serumah) saya Encik Sahar Sakar (Pengerusi Persatuan Kebajikan Bugis Sandakan) di atas usaha beliau membawa seorang pendakwah yang berkalibar ke Daerah Sandakan. Sempat mengikuti kuliah Subuh di Masjid Nusyakireen, Bandar Indah dan masjid Datuk Pengeran Galpan amat memberi kesan dalam memperhambakan diri kepada Maha Pencipta. Walau tidak mempunyai kesempatan untuk mengikuti ceramah panjang beliau di beberapa buah masjid, namun kepuasan amat terasa apabila mendapat sentuhan nasihat beliau secara langsung berkaitan kita sebagai hamba yang pastinya dari Allah kita datang dan kepadaNya akan dikembali. Semoga penganjurnya mendapat pahala dari Allah dan teruskan usaha murni ini.Yang menariknya kedatangannya menyebabkan kedua-dua masjid tersebut penuh pada pagi tersebut. Allahuakhbar.

Penceramah    : dr hj das’ad latif

Pensyarah Universiti Hasanuddin, Makasar, Sulawesi, Indon.

Leave a Reply