PERTANYAAN UNTUK MUHADABAH DIRI : MASIHKAH KITA ISTIQAMAH DENGAN AMALAN-AMALAN YANG DIPERINTAHNYA

Jam berganti jam, hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti dan tahun turut berganti selagi masih dipinjamkan nyawa olehNya. Kena sentiasa sentiasa sama ada setiap jam, hari, minggu, bulan malah tahun sekalipun kita sentiasa kereksi diri (muhasabah) sama ada masihkah kita istiqamah dengan ibadat yang kita telah laksanakan seama ini. Iaitu:
Pertamanya berkaitan dengan solat
Solat fardu lima waktu di awal waktu serta berjemaah di masjid atau surau. Solatnya dilengkapi dengan aksesori (perkara yang menyempurnakan solat ) dan sentiasa membuat nilai tambah dalam solat. Di tambah dengan solat-solat sunat malam dan siang sebagaimana yang disyariatkan.
Keduanya Puasa Ramadhan
Melaksanakan puasa Ramadhan sebaik mungkin dengan pengisian ibadat sepanjang hari kita berpuasa dengan berusaha bersungguh-sungguh untuk menghidari perkara-perkara yang boleh menyebabkan kurangnya pahala puasa. Ini diikuti dengan puasa sunat enam Syawal, puasa Isnin dan Khmais (yang mampu puasa Nabi Daud a.s), puasa sunat 9 Zulhijjah, puasa sunat 10 Muharran dan sebagainya yang telah disyariatkan.
Melaksana hubungan baik sesama makhluk Allah bermulanya kedua ibubapa dan seterusnya.
Mengamalkan zikir yang menjadi amalan para ambia’ dan orang-orang soleh bermula dengan tadarus, tadabur, zikir dan doa dalam setiap detik pergerakan dan perbuatan kita.
Menghadiri majlis ilmu dan menyampaikan ilmu mengikut kemampuan kita.
Serta melaksana syariat yang dianjurkan secara istiqamah dan sentiasa ada nilai tambat dan peningkatan dalam aspek kualiti dan kuatiti ibadah kita. Rujuklah mereka yang alim sebagai panduan dan motivasi untuk beramal.

Leave a Reply