PERTANYAAN SEBELUM AJAL MENJELANG- MABRURKAH SEGALA IBADAT KITA?

Merujuk kepada Alquran, sunnah dan para ulama’ yang muktabar apakah telah mabrur….
i. segala yang di fardukan seperti syahadah,solat, puasa, zakat dan haji kita. Sempurnakah segala rukunnya? Bagaimana tanda-tanda kita telah melaksanakan syahadah kita? Bagaimana bacaan dan gerakan kita dalam melaksanakan rukun solat? menepatikah tajwidnya, tumaninahkah pergerakannya? samakah sebagaimana solat nabi Muhammmad S>A>W? Bagaimana perkara-perkara yang boleh mengurangkan pahala puasa kita? Apakah kita berjaya menambat para syaitan? Bagaimana dengan zakat? sudahkah jelaskan? betul dan ikhlaskah niat kita? Bagaimana dengan ibadat haji? Sudahkah ke sana? Kalau belum kenapa? Apakah alasan yang kita fikir akan diterima oleh Allah SWT? Kalau sudah laksanakan adakah sempurna segala perbuatan dalam melaksanakan semua rukunya? Apakah ada perubahan selepas pulang dari melaksana rukun kelima itu? Apakah kita masih seperti mana yang kita amalkan di tanah haram?Apakah ibadat kita kini lebih baik, istiqamah dan sentiasa ada peningkatan?
ii.Bagaimana yang sunat? Apakah buat ala kada sahaja mengikut musim dan situasi? Apakah sudah diamalkan perkara yang Nabi SAW tidak pernah tinggal? Bagaimana dengan Al Quran ? tajwidnya bagaimana? khatam rutinnya macama mana? Tadabburnya bagaimana?
Jika perkara di atas jawapan YA DAN TELAH DILAKSANAKAN SECARA ISTIQAMAH dan amalan seterusnya sentiasa mempunyai nilai tambah, IsyaAllah peluang mendapat KEMABRURAN dalam ibadat pasti cerah. DAN JANNAH PASTI MENGGAMITmu.

Leave a Reply