PERSOALAN DARI SEORANG YANG JAHIL

Sebagai seorang yang baru dan sedang mendalami ilmu Allah, ringkas masih seorang yang jahil kadang-kadang timbul persoalan dan kekeliruan apabila melihat cara amalan mereka yang dilihat dan dimaklumi berilmu. Tidak kiralah ilmunya dari segi pengajian agamanya atau hafalan al Qurannya. Apakah amalan tersebut memang itu sifat orang mempunyai llmu dalam bidang keagamaan.
Amalan golongan yang biasa datang lewat untuk berjamaah dan kadang-kadang tertinggal takbir pertama dengan imam atau dengan kata lain mereka tertinggal rakaat pertama. Apabila selesai menunaikan solat berjamaah, mereka cepat-cepat keluar dari tempat solat. Apabila mengimani solat selalu bacaan dan pergerakannya agak cepat sehingga makmun tidak sempat menghabiskan bacaan yang rukun. Bacaan pada tahiyat akhir diambil versi yang paling ringkas. Walau bacaan memenuhi syarak tetapi bagi kebanyakkan makmun tidak mengetahuinya. Mereka yang kurang pengetahuan akan mempersoalkan apakah imam membaca tahiyat akhir? Wiridnya agak ringkas serta solat sunat amat laju. makmun yang jahil memerhatikannya apakah kaedah yang diamalkan.
Itu di antara persoalan yang dipersoalakan. Apakah cara amalan mereka berilmu ada kaedah cepat berbanding cara malam orang jahil? Sedang mendalami ilmu berkaitan.

Leave a Reply