PERSIAPAN RAMADHAN 2

Tinggal 25 hari lagi kita akan menyambut Ramadhan. Pertama mulailah tanam azam untuk melaksanakan puasa Ramadhan akan datang yang terbaik. Di samping berazam melaksanakan amalan sunat yang bukan sahaja banyak kuantitinya tetapi berkuali. Bertalaah ilmu berkaitan dengan puasa, sama Ada melalui pembacaan, merujuk kepada alim ulama atau mendengar rakaman CERAMAH berkaitan Ramadhan yang banyak terdapat di YOU TUBE. Bagi yang belum istiqamah DENGAN puasa sunat terutamanya puasa Isnin dan Khamis bolehlah berjinak-jinak dengan amalan yang amat dituntut itu Amalan puasa sunat yang kita laksanakan, dapat dijadikan tanda aras kualiti puasa kita. Kita akan alami perkara-perkara yang mencabar dalam mendapat puasa sunat yang mabrur. Bagai dugaan-dugaan semasa berpuasa iaitu dugaan pada pandangan, pada pendengaran, pada percakapan, perbuatan, pada hati dan dugaan luaran. Kesemua dugaan jika kita gagal mengatasi maka, puasa kita tidak berkualiti kalaupun tidak membawa kepada pembatalannya. Cabaran tersebut boleh kita jadi panduan untuk kita atasi semasa kita melaksanakan puasa Ramadhan nanti. Di samping itu kita juga boleh berlatih dengan amalan-amalan seperti membaca dan bertadabbur al Quran serta amalan zikir-zikir yang diamalkan para solehin. Amalan solat berjamaah di masjid atau surau bolehlah dilipatgandakan lagi dengan melaksana aksesori solat seperti dalam siri 1 hingga 7.

Leave a Reply