PERSIAPAN RAMADHAN 1437h

Hari ini 4hb Syaaban 1437H, kira-kira 3 minggu dari sekarang kita akan memasuki bulan Ramadhan. Bulan yang penuh dengan keberkatan yang ditunggu-tunggu saban tahun tahun oleh semua umat Islam. Bulan yang akan mempunyai suatu malam yang dinamakan malam laitul qadar iaitu malam yang nilainya bersamaaan ibadat seribu bulan. Sesiapa yang dikehendakiNya sangat beruntung. Bulan Ramadhan merupakan bulan kemuncak ibadat kepadaNya. Di samping kita melaksanakan ibadat fardu yang lain, pada bulan ini kita akan melaksanakan ibadat tersebut seiring dengan puasa. Ini bermakna kita akan melaksanakan solat atau zakat dalam keadaan kita berpuasa. Alangya cantiknya ibadat yang kita laksanakan dalam keadaan kita berpuasa!. Apa maksudnya? Maksudnya ialah orang yang berpuasa akan berada dalam keadaan yang diredhaiNya. Orang berpuasa tidak akan melakukan sebarang dosa dengan segaja kerana jika tidak puasa kita akan terbatal atau pahalanya akan berkurangan. Nak! betapa tingginya ibadat kita di bandingkan bulan-bulan yang lain. Begitu dengan amalan sunat lain yang kita laksanakan di bulan ini dalam keadaan kita dekat denganNya (dalam keadaan berpuasa yang mana kita sedaya upaya menjaga pantang larang supaya ibadat puasa kita diterimaNya). Sepatutnya persiapan menghadapi Ramadhan bermula sebaik sahaja Ramadhan yang berkhir. Persiapan berpandukan muhasabah kekurangan-kekurangan pada ibadat sepanjang Ramdhan yang lalu. Namun, masih belum terlambat untuk kita berazam dan mempersiapkan diri menyambut kedatangan Ramdhan yang penuh keberkatan. Amalan-malan sunat perlu ditingkatkan dan sekurangnya kita berada pada ‘gear’ 5 dan apabila berada di bulan Ramadhan kita berada di ‘gear’ yang maksima iaitu 6. Solat sunat ditingkatkan, kiamulai di panjangkan sedikit, zikir-zikir, tadarus, tadabur, majlis ilmu dan sebagainya sepatutnya telah sebati dalam kehidupan, tunggu lagi diperhebatkan lagi dalam aspek kualiti dan kuantiti. Mudahan kita dikurniakan kekuatan untuk itu dan disampaikan kita pada bulan yang penuh keberkatan.

Leave a Reply