PERSIAPAN BERBUKA

Waktu sebelum dan selepas berbuka merupakan ‘PRIME TIME’ yang paling singkat untuk berdoa dan di antara waktu yang makbul doa. Untuk isteri atau sesiapa sahaja yang sibuk menyediakan juadah berbuka akan mendapat pahala yang berganda dan doa di atas amalan sang suaminya jika ikhlas (dicadang masak yang “simple” sahaja tapi berkualiti{seimbang) agar masa keemasan tersebut turut diambil kesempatan untuk berdoa. 30 minit sebelum berbuka bolehlah diisi dengan tadabur al quran atau hadis Nabi Sallallahu ‘alaiwasallam(sebelumnya bolehlah besuci dan berwuduk diikuti solat sunat wuduk{ istimewanya boleh bersolat walaupun pada masa yang dilarang solat tapi Solat wuduk dibolehkan kerana bersebab} kita Solat dan berdoa di dalamnya- istimewakan ? ). manakala 10 minit sebelem berbuka boleh berzikir, beritighfar seterusnya berdoa bersungguh-sungguh apa sahaja yang baik sehingga waktu berbuka dengan sambungan doa berbuka diikuti doa lain yang baik bagi mengiringi doa berbuka sekitar satu atau dua minit dan berbukalah dengan tamar(berbuka dengan tamar merupakan sunnah Rasul Sallallahu ‘alaiwasallam dan jika tiada boleh diganti dengan air atau kuih yang manis). Berbukalah ala kadar tapi berdasarkan sunnah kemudian bersegeralah ke masjid untuk solat fardu Maghrib berjemaah. Kekalkan solat berjemaah lima waktu sama juga sebagaimana bulan-bulan lain. Rancang dan lakasanakan waktu berbuka dengan teliti dan bersungguh-sungguh secara istiqamah sehinggalah akhir Ramadhan dan begitu juga dengan puasa sunat nanti. Rancanglah doa yang paling diingini untuk didoakan pada waktu keemasan. Elakkan dengan bersungguh-sungguh daripada aktiviti yang tidak mendatang pahala atau manfaat di waktu keemasan yang sangat singkat ini (kira-kira lima minit(sebaiknya 20-30 minit) sebelum masuk waktu berbuka dan dua minit setelah masuk waktu sebelum rezeki yang halal menerjah ke mulut kita!).

Leave a Reply