PERPECAHAN UMAT-ANTARA PUNCANYA ADALAH KAJAHILAN

Apabila kita bermusafir dan memerhati amalan setiap muslim yang semuanya ASWJ, namun nampak begitu ketara perbezaan dalam beribadat. Contoh mudah ialah solat berjemaah. Solat fardu Subuh tidak ada jamak, maka mahu tidak mahu kita kena berusaha untuk hadir berjemaah. Jika masa terlalu singkat maka kita perlu persiapan yang rapi supaya tidak terlepas solat fardu Subuh berjemaah. Namun kerana kejahilan menyebabkan umat mempunyai aliran atau cara ibadat yang berbeza yang sepatutnya seragam. Dalam fardu Subuh misalnya, ada yang mengikut imam pada solat yang sedang di dirikan walaupun masuk hanya sempat pada kedudukan tahiyat akhir ( inilah yang sepatut) dan yang datang setelah imam memberi salam , maka jadilah makmum kepada mereka yang masbuk tadi, begitulah sambung menyambung. Oleh kerana kejahilan, maka ada yang membentuk jemaah baru dan ada sebahagiannya tidak mempedulikan jemaah dengan terus solat sendiri- sendiri ( tidak mahu pahala sebanyak 27 kali atau kerana kejahilan). Situasi memperlihatkan tiada kesatian atau keselarasan, sedang Islam itu lengkap, indah dan sempurna dan menyatukan( seragam). Marilah kita berusaha menonjolkan bahasa Islam itu satu dan amalannya satu, supaya dilihat oleh orang lain betapa sempurna Islam yang kita anuti.

 

 

KLIA 2  to Sandakan

Leave a Reply