PERLU TEGAS MELAKSANA SYARIAT

Apabila berada dalam situasi amat memerlukan sesuatu perkhidmatan atau muamalat, kita selalu mengambil mudah dan tanpa rasa berdosa untuk mengenepi syariat yang Allah tetapkan. Amat malang sekali kerana perlanggaran syariah bukan sahaja melibat orang biasa(tiada asas agama yang kuat) tetapi turut melibatkan sebahagian besar mereka yang mendapat pendidikan agama di peringkat yang tinggi. Kita dapati golongan ini tidak prihatin dengan produk islam seperti insuran dan proses jual beli. Kebanyakan mereka hanya mengiyakan saja cadangan juru jual tanpa mempersoalkan sama ada islami atau tidak. contohnya dalam pembelian kenderaan atau rumah mereka segera menandatangan dokumen yang disediakan oleh penjual tanpa meneliti produk jual beli , insuran dan sebagainya sama ada berlandaskan syariat atau tidak. walaupun sekarang ini hampir kesemua bank menyediakan pembankan islam serta perlindungan takaful tetapi sebahagian besar umat islam masih menggunakan pembankan koversional serta insuran nyawa konversional. tidak hairan jika kita lihat gejala sosial berleluasa dan jemaah yang hadir ke masjid amat mendukaciakan, kerana produk yang kita gunakan telah mendarah daging dalam hati umat islam menyebabkan hati amat berat untuk melaksanakan perintah Allah. Yakin dan bertegaslah dalam melaksanakan perinahNya pasti kita  akan diredai atau nantilah aZab seperti yang Allah janjikan.

Leave a Reply