PERLU MUSUHI SYAITAN LAKNATULLAH TAPI JANGAN TAKUT DENGANNYA

Syaitan adalah musuh kita yang nyata. Di antara keutamaan kita ialah menentang supaya tidak menyesatkan kita dan umat Islam lain. Syaitan juga makhluk Allah sama dengan kita manusia dan masing-masing mempunyai kelebihan dan kelemahan. Sebenar-benarnya kelebihan adalah berpihak kepada kita. Kita ada Allah yang sentiasa melindungi kita jika kita sentiasa taat kepada perintahNya dan menjauhi segala laranganNya. Itu janji dan kenyataan Allah di dalam al Quran dan janjiNya adalah benar. Kita memusuhi syaitan jangan sampai kita seolah takut kepadanya. Sesungguhnya syaitan laknatullah tiada apa-apapun kuasa tanpa izinNya. Keupayaan yang amat terbatas yang Allah biarkan sementara dia humban ke neraka jahanam bersama makhluk lain yang tidak patut kepada perintahNya. Kita perlu musuhi dan lawan syaitan semaksima mungkin supaya tidak menyesat diri kita dan umat Islam yang lain. Jangan sesekali perbuatan, amalan dan tindak tanduk kita seolah kita takut kepadanya. Kita baca surah-surah dan zikir untuk menjauhi dari diganggunya. Apabila kita berjaya menjauhinya dari kita dan umat lain ia merupakan kegagalan syaitan yang menyebabkan syaitan akan menangis, menderita dan sebagaimananya sebagaimana dijelaskan dalam al Quran dan hadis sallahu ‘alaiwasallam. Bacaan ayat al Quran dan zikir kita bertujuan mengalah dan menghapuskan gangguannya, tidak lebih dari itu! Bukan kita takut kepadanya. Jika kita melaksanakan semua suruhan dan meninggalkna segala larangNya pasti kita yang menang dan syaitan akan menderita kekalahan sementara menunggu azab yang amat pedih nanti. Jangan sesekali takut kepadanya, lawan dan hancurkannya. IsyaAllah Allah pasti melindungi hambaNya yang taat. Adakalanya kita tewas, namun kita pasti menang di akhirat nanti. Lawan dan musuhi syaitan dengan bersungguh-sungguh , jangan sekali-kali takut dengan musuh Allah itu. La takhaf wala tahzan Innallah ha maana.

Leave a Reply