PERLU MERANCANG UNTUK KEKAL SOLAT BERJEMAAH!

Solat berjemaah adalah tuntutan agama bagi setiap lelaki muslim. Untuk kekal konsisten solat berjemaah kita perlu merancang aspek masa. Kita perlu hafal waktu solat sekurang-kurang dalam masa seminggu dan sebaik-baiknya untuk sebulan. Kita perlu merancang jarak masa perjalanan kita ke masjid atau surau, masa kita berwuduk sebelum ke masjid atau surau dan peruntukan masa untuk kebersihan diri dan melepas hajat jika perlu. Setengahnya di kalangan kita menjadi kebiasaan untuk ke tandas sebelum mandi atau berwuduk, maka kita kena rancang masa untuk melepas hajat, mandi dan berwuduk serta solat sunat wuduk dan seterusnya bergerak ke masjid dan sebaiknya sempat menjawab azan serta solat qabliah sekuraang yang qabliah dan solat tahiyatul masjid. Perancangan perlu konsisten supaya kita juga konsisten tiba ke masjid untuk berjemaah. Jika kita terpaksa menghadiri urusan di luar, sebagai contoh taklimat, atau mesyuarat dan pelbagai perjumpaan atau aktiviti lain, maka perlu pastikan masjid atau surau terdekat untuk kita hadir solat berjemaah. Kena rancang sama ada kita ada ruang untuk keluar daripada majlis untuk solat berjemaah atau membentuk rakan yang ada bersama untuk solat berjemaah di lokasi yang sesuai atau kalau terpaksa juga berada di majlis , maka rancang untuk singgah di masjid yang terdekat untuk solat berjemaah. Pada kebiasaanya di setiap masjid akan ada muslim yang mempunyai masalah yang sama dengan kita yang terpaksa melewatkan solat, maka kita boleh membentuk jemaah bersama mereka atau ikut sahaja sebagai makmum di belakang orang yang solat. Jika ini kita rancang untuk jangka pendek dan panjang insyaAllah Allah akan permudahkan kita untuk istiqamah berjemaah lima waktu!

Leave a Reply