PERKASANYA SEORANG WANITA- KU DEDIKASIKAN UNTUK IBU DAN ISTERIKU

Sudah lama Allah kurniakan kesihatan untukku. Tiba-tiba bermula kelmarin Allah ujiku dengan sedikit demam. Pengalaman ujian sakit untuk ibu dan isteri membuat aku kuatkan diri melawan kesakitan yang tidak seberapa. Aku bertahan tidak mahu mendapat rawatan. Kugagahi untuk hadir solat berjemaah termasuk solat terawih. Hari ini aku tetap meneruskan puasaku dan hadir ke tempat kerja. Namun. sebaik sahaja pulang aku terus baring tanpa melakukan apa- apa aktiviti. Kuperhatikan ini tidak berlaku pada ibu dan isteriku. Walau macam mana sakitpun mereka berdua ini tidak akan mengabaikan tugas sebagai ibu dan isteri. Sesungguhnya aku tidak mampu melakukan seperti mereka berdua. Ku mohon keampunan kepadaNya untuk mereka berdua ini dan mereka layak intuk menghuni syurgsMu ya Allah!

Leave a Reply