PERJALANAN

PERJALANAN merupakan di antara masa yang paling banyak digunakan dalam kehidupan seharian. Masa tersebut akan berlalu dengan sia-sia jika kita menfaatkan dengan berzikir atau menghitung kebesaran Ilahi sepanjang perjalanan( melalui pancaindera). Percuma dan tidak berbayar tapi ganjarannya amat besar. Kita mendapat pahala dan fadhilat daripada zikir tersebut. Mudah dan senang! Bagaimana kita? Apa yang kita buat sepanjang perjalanan ke masjid, tempat kerja, pasar, kedai, ziarah dan sebagainya untuk menyelesaikan sebarang urusan? Tabiat berkhayal semasa memandu digantikan dengan melihat dan berfikir tentang kebesaranNya di sepanjang perlajanan, bagi yang selalu menyanyi lagu yang melalaikan boleh diganti dengan zikir atau hafalan alquran(jika memandu di waktu pagi atau petang amalkan zikir pagi dan petang), jika kita sering berbual dengan teman semasa perjalanan, berbuallah perkara yang bermanfaat dengan menjauhi dari umpatan dan sebagainya yang buka sahaja sia-sia tapi membawa murkaNYa. Rancanglah amalan yang akan diamalkan dalam sesuatu perjalanan. Sekiranya perjalanan kita adalah rutin iaitu pergi dan pulang kerja, maka sediakan amalan yang rutin sama ada dalam bentuk zikir atau membaca al quran. Mungkin di waktu lain kita sibuk dengan urusan keluarga, kerja, masyarakat dan sebagainya. Jadi, gunakan masa tersebut untuk beramal. Tidak ramai yang dapat berada di masjid atau di tempat solat untuk berzikir, masa perjalananlah sebagai ganti dalam keadaan yang menghalang untuk berzikir di tempat tertentu. IsyaAllah dengan perancangan begini bermakna dalam seharian kita tidak tertinggal amalan zikir sebagi aksesori tambahan ibadat kita.

Leave a Reply