PERJALANAN YANG LAMA DAN JAUH

Sudah lebih 30 tahun merantau mencari sesuap rezeki untuk menyambung hayat agar dapat beribadat kepadaNya. Dulu-dulu merantau untuk menimba ilmu dan mencari rezeki sekadar mencari kepuasan hidup. Kepuasan hidup duniawi yang terpengaruh dengan persektaran.Jika melihat orang kaya, kita pun ingin menjadi kaya. Apabila melihat orang mempunyai rumah dan keretabesar, maka kita berkemahuan sepertinya. Dan banyak lagi keinginan yang besar-besar dan indah-indah. Jarang memikirkan kesemua nikmat tersebut tidak sebanding dengan nikmat di syurga yang disediakan kepada hambaNya yang bertaqwa. Nikmat yang tidak pernah dilihat oleh mata, tidak terfikir oleh hati dan tidak terbayang pun difikiran.

Kesyukuran tidak terhingga kepadaNya kerana masih diberi kesempatan untuk berkeinginan tersebut sementara kesempatanva nafas dikandung badan. MOGA untuk kedua orang tuan masih diberi peluang untuk menikmati udaranb dunia dapat mengekalkan istiqamahnya dalam masa berbaki usia untuk persiapan agar kita semua bersama di Jannah nanti.

30 tahun berpisah dalam rindu dengan mereka berdua, tiada senda gurau yang panjang dengan adik-adikku, anak-anak kurang kemesraan dengan para sepupunya, begitu juga dengan keluarga jauh dan dekat. Ada yang terputus terus. Itu pengorbanan. Namun, harapanku agar kits semua pungut semuanya di JannahNya. Kepada semua KUPOHON KEMAAFAN dan kepadaNya ku POHON KEAMPUNAN .

{ Leave a Reply ? }

Leave a Reply

Pingback & Trackback

  1. creditcare - Trackback on 2016/06/24/ 05:47